Thursday, July 8, 2010

KULLU = setiap , bukan sebahagian

Jawapanku terhadap kullu bid’atin oleh ust lufti pada http://pondokhabib.wordpress.com/2010/06/26/kullu-bidatin-ust-luthfi/#comment-1484

Terjemahan yg benar utk وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَآءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ adalah
“Kami ciptakan dari air sperma, setiap makhluq hidup” … min=dari@sebahagian sedangkan kulla=setiap. Perkataan tuan bahawa kulla = sebahagian tidak berasas langsung. Tuan mencampuraduk min dengan kulla.

خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ benar maksudnya “Engkau (Allah) telah menciptakan aku (iblis) dari api.” … lalu tuan katakan atas sebab ini lafadl KULLU, tidak dapat diterjemahkan secara mutlaq dengan arti : SETIAP/SEMUA … tentulah sekali saya menentang perkataan tuan … kerana “min” memang boleh bermaksud dari/daripada atau sebahagian … lalu kes yg dibincangkan ialah perkataan kullu/kulla, tapi tuan merujuk kpd “min”. Ini suatu cara fikir yg songsang dan tidak sihat.

hadits Nabi SAW : Fa inna KULLA BID`ATIN dhalalah,. Lalu tuan katakan Maka harus diartikan: Sesungguhnya SEBAGIAN dari BID`AH itu adalah sesat. …atas dasar apa? atas dasar hendak membenarkan bid’ah?

Perkataan tuan bahawa Hadits ini juga muqayyad atau terikat dengan sabda Nabi SAW yang lain: Man sanna fil islami sunnatan hasanatan falahu ajruha wa ajru man `amila biha. Artinya : Barangsiapa memulai/menciptakan perbuatan baik di dalam Islam, maka dia mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya.
…aku pembantah menyatakan, kenapa tidak tuan terangkan asbabul wurud(sebab turun hadits sunnatan hasanatan) … kerana yg kufahami darinya ialah selalunya apabila Rasulullah saw menganjurkan sesuatu kebaikan maka shahabat2 bersegera melakukannya…tetapi ada pula bagi beberapa anjuran dalam asbabul wurud hadits ini dimana shahabat berlengah(mungkin atas sebab2 yg kukuh), hingga akhirnya salah seorang shahabat melakukannya…maka beliau dipuji Rasulullah saw… inilah yg dipanggil sunnatan hasanatan… ia datang dari Rasulullah tapi “agak” lewat dikerjakan…dan ia tiada kaitan dgn “bid’ah hasanah”. Subhanallah , tuan(maksud saya tuan bersekali dgn Ust Lufthi) telah melakukan penyimpangan maksud…setakat ini tuan sudah berusaha mengubah maksud dari 2 hadits shahih!!!
Perkataan tuan bahawa pengharakatan pada mushaf Alquran, serta pembagiannya pada juz, ruku`, maqra, dll yang hingga kini lestari, dan sangat bermanfaat bagi seluruh umat Islam…ini saya sokong tapi ini bukan bid’ah, tidak hasanatan mahupun dhalalah…kerana orang Ajam(bukan Arab) tidak dapat membaca tanpanya…dan lain2 itu untuk memudah pembelajaran,penghafalan. Saya tidak akan panggil ini bid’ah mahupun sunnah tetapi ia suatu usaha islah… perbaikan… tentulah kita berbincang tentang pahala daripadanya tapi ia bukan bid’ah dan bukan sunnah. Tuan cuba mengelirukan dengan membuat pengkategorian cuma pada 2 perkara tersebut…ini kurang bijak.

Satu contoh dpd tuan, “permainan domino” selepas pulang dari shalat adalah suatu bid’ah. Perkataan saya si pembantah adalah tuan benar jika berdasar maksud bid’ah itu sendiri bermaksud “sesuatu yg baru”. Tapi perkataan ini sungguh jauh dpd hadits Rasulullah saw yg menghukum setiap bid’ah adalah dalam kesesatan. Kerana maksud bid’ah ialah sesuatu yg baru dalam hal agama…iaitu khusus,bukannya umum “baru sahaja”. Kenyataan tuan nampak jelas hendak memandu pembaca ke arah yg tuan mahukan, bukan ke arah kebenaran.

Perkataan tuan bahawa: Adanya beberapa sekelompok muslim yang memusuhi sesama muslim, hanya karena berbeda pendapat dalam masalah-masalah ijtihadiyah furu`iyyah (masalah fiqih ibadah dan mu`amalah), padahal sama-sama mempunyai pegangan dalil Alquran-Hadits, yang motifnya hanya karena merasa paling benar sendiri. Perilaku semacam ini dapat diidentifikasi sebagai BID`AH DHALALAH… Jawapan saya ini dipanggil fitnah, dan yg enggan atau menolak sunnah Rasulullah saw (atau mengejinya atau melebihkan gurunya atau mahzdabnya) dengan melakukan sesuatu yg tiada pada Al Quran atau hadits Shahih atau Hasan maka mereka itu sesat atau bid’ah. Tak perlu dilabel bid’ah dhalalah. Cukup bid’ah, dan tiap2 bid’ah itu dlm kesesatan . dan kesesatan itu dalam(@mengimplikasikan) neraka.

Perkataan tuan bahawa ada amalan baik yang termasuk ciptaan baru di dalam Islam dan tidak bertentangan dengan syariat Islam yang sharih, maka disebut SANNA (menciptakan perbuatan baik). Contohnya: Adanya sekelompok orang yang mengadakan shalat malam (tahajjud) secara berjamaah setelah shalat tarawih, yang khusus dilakukan pada bulan Ramadhan di Masjidil Haram dan di Masjid Nabawi, seperti yang dilakukan oleh tokoh-tokoh beraliran Wahhabi Arab Saudi semisal Syeikh Abdul Aziz Bin Baz dan Syeikh Sudaisi Imam masjidil Haram, dll. Perilaku ini juga tergolong amalan BID`AH karena tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW, tetapi dikatagorikan sebagai BID`AH HASANAH atau bid’ah yang baik…Jawapan saya tuan keliru atau cuba mengelirukan…kerana perbuatan shalat selepas terawih di masjid atau rumah secara jama’ah atau tidak itu bukan “sanna”, ia pernah dilakukan oleh Anas bin Malik ra, Abu Hurairah ra di belakang Rasulullah saw..banyaknya bilangan shahabat sehingga tak perlu saya sebutkan lagi. Seolah2 tuan tidak pernah menjumpai hadits2 ini? Jadi ia sunnah bukan bid’ah hasanah!!! Tambahan pula tuan menyebut (atau menggunakan) nama2 Syeikh Abdul Aziz Bin Baz dan Syeikh Sudaisi Imam masjidil Haram… tentu atau patutnya tuan tahu bahawa setelah tuan gelarkan mereka wahabi… mereka tidak menerima istilah bid’ah hasanah … org salafi sifatnya kuat pada sunnah, bagi mereka bid’ah hasanah tidak mungkin ada… sebabnya hadits Nabi saw dpd perkataan “kulla/kullu”. Mereka tidak akan melencongkan maksud sebagaimana perbuatan tuan. Saya cuba menjawab beberapa perenggan awal dpd perkataan tuan. Ini disebab saya tidak mampu jawab kerana masa dan “malas” maka saya hentikan di sini… kerana jika jawapan2 saya di atas tidak boleh mengubah pendirian tuan, maka saya ragu jika ditambah hujah2 seterusnya…bahawa suatu kelainan akan berlaku pada tuan. Walaubagaimanapun , Subhanakallahuma la ‘ilma lana illa ma ‘alamtana.
Asmkm, semoga berubah.

No comments:

Post a Comment